Salam,
Okay, lama tak post kat blog nih, skang rasa nak post plak. Asyik kat Eatz.Me je kan. Erm, ok kali nih aku nak post satu software yang cambest iaitu Minilyrics yang di buat oleh Crintsoft LLC.
So, apa guna Minilyrics nih?
Perisian nih semacam perisian untuk paparan lirik lagu pada screen PC korang. So senang korang nak nyanyi skali ngan lagu-lagu yang korang pasang tuh. Kira macam perisian untuk karaoke lah jugak.
Kenapa ianya cambest?
Sbb, korang leh nyanyi skali and hafal lirik tuh dengan lagu macam karaoke. Sbb dia akan auto scroll kan lirik tuh mengikut timing lagu. Betul-betul macam nyanyi karaoke.
And then korang leh trus search/ cari lirik tuh melalui perisian nih. Tak payah dah korang nak kene bukak website lirik n susah payah cari and copy paste kat word etc. Dan kalau korang setting nama penyanyi dan nama lagu tuh bebetul, dia akan search secara automatik lirik tersebut dan paparkan terus mana lirik yang paling berkualiti berdasar rating pengguna.
Kebarangkalian korang nak dapat lirik tuh tinggi. Macam suma lagu ada aje. Walhal aku cari lirik lagu Shahir Af pun ada. Tapi aku tak jamin sangat nih ye~ Jangan marah kalau takde.
Lagi satu nape dia cambest, sbb ianya disokong oleh banyak media player/ pemain media. Antaranya, iTunes, Windows Media Player, WinAmp, VLC, dan banyak sangat lagi!!! Hehe~
Dan yang paling best, ianya PERCUMA!!! Tp ada popup yang agak annoying skit lah. Korang leh lah cuba crack kalau korang nak.
Kat mana nak Download?
korang leh g sini>> http://www.crintsoft.com/dl.htm
Kat situ ada banyak mirror nak download dan instructions camne nak install perisian nih.
Anyway, done review. Selamat mencuba eh~hehe